Bahan-bahan:
(**)Seekor ayam - digaramkunyit & digoreng hingga masak.
(**)7 biji bawang merah, 5 ulas bawabg putih, 2 cm halia muda,
(**)Segenggam cili api, 3 tangkai cili merah - semuanya di tumbuk, jangan terlalu halus @ dikisar kering
(**)1 biji tomato sebesar penumbuk (jika kecil 2 biji)
(**)1/2 cawan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
(**)Sebiji bawang besar - dihiris bulat (jika suka)
Cara-cara:
(**)1. Buah tomato dipotong dadu halus.
(**)2. Panaskan 2 senduk minyak, tumis bahan-bahan giling hingga pecah minyak dan aroma menusuk kalbu.
(**)3. Masukkan tomato cincang, masak hingga tomato lembut. Masukkan air asam, garam & gula. Masukkan ayam goreng tadi. Suaikan rasanya sambil masukkan potongan bawang besar. Bila bawang layu bolehlah diangkat
(**)4. Sedia untuk dimakan!
0 comments:
Post a Comment