Resepi Pengat Labu Manis


Bahan-Bahan:

(**)1/4 biji labu manis (saiz sederhana)
(**)1/2 cawan sagu mata ikan, basuh dan toskan
(**)2 cawan santan
(**)1 cawan air
(**)sehelai daun pandan
(**)1/2 sudu kecil garam
(**)1/2 ketul gula melaka
(**)1/2 cawan gula

Untuk Resepi Ayam Masak Asam Pedas Klik Disini

Cara Membuat:

(**)1. Potong labu bentuk kiub, saiz agak tidak terlalu kecil tidak terlalu besar. Cincang gula melaka, carikkan daun pandan dan simpul.

(**)2. Masukkan gula melaka yang telah dicincang ke dalam periuk bersama-sama daun pandan, air, garam dan gula. Panaskan.

(**)3. Setelah gula melaka larut, masukkan pula labu dan santan, kacau selalu. Setelah labu separuh masak baru masukkan sagu mata ikan.

(**)4. Masak sehingga labu empuk dan sagu mata ikan menjadi jernih. Angkat dan sedia untuk dihidangkan panas atau sejuk.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment