RESEPI AYAM PANGGANG BEREMPAH


Bahan:

(**)Seekor ayam
(**)3 sudu besar minyak zaitun dara
(**)1 sudu besar daun rosemary cincang
(**)1 sudu besar daun thyme cincang
(**)1 camca teh oregano kering
(**)1 camca teh garam
(**)1/2 camca teh serbuk lada hitam
(**)2 tangkai rosemary segar
(**)2 tangkai thyme segar
(**)1/2 bawang besar kuning (dibelah 3)
(**)1/2 lemon (dibelah 3)

RESEPI PUDING BUIH BERKUAH SUSU KOKTAIL

Cara:

(**)Panaskan ketuhar 425°F (215°C- 220°C)
(**)Keluarkan segala organ dan isi perut ayam. Bersihkan ayam tersebut. Bilas dengan air sejuk. Keringkan ayam tersebut.
(**)Dalam mangkuk kecil, gabungkan minyak, rosemary cincang, thyme cincang, oregano, garam, dan lada hitam. Menggunakan tangan, sapu campuran minyak herba itu di sekeliling permukaan ayam. Jangan lupa sapu di bahagian dalam ayam tersebut sedikit.
(**)Letakkan 4 tangkai rosemary dan thyme di bahagian dalam ayam tersebut.
(**)Letakkan ayam di atas dulang pemanggang. Pastikan dada ayam menghadap ke bahagian atas. Panggang selama 1 1/2 jam.
(**)Setelah itu, pusingkan dulang tersebut ke sebelah bahagian lagi supaay ayam masak dengan sekata. Jangan lupa untuk siram ayam dengan jus yang keluar semasa membakar selang 15 – 20 minit sekali supaya ayam tidak kering.
(**)Sehingga kulitnya bertukar keemasan dan rangup, cucuh thermometer di bahagian ayam paling tebal untuk periksa suhu jika ia mencecah 165°F ( 70°F – 75°F)
(**)Alihkan dari dulang, biarkan ayam panggang tersebut rehat selama 10 minit sebelum menghirisnya. Hidangkan ia sementara masih panas bersama hidangan yang lain seperti kentang lenyek dan coleslow.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment