Resepi Eclairs Coklat
Bahan-Bahan:
(**)70 gm mentega
(**)150 ml air
(**)100 gm tepung gandum – diayak
(**)2 biji telur
(**)100gm coklat masakan
Cara Membuat:
(**)1. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Masukkan air dan mentega ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
(**)2. Perlahankan api, kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau tepung sehingga adunan menjadi licin dan berkilat.
(**)3. Angkat adunan dan sejukkan seketika. Kemudian barulah dipukul menggunakan mesin pengadun sehingga licin.
(**)4. Masukkan adunan ke dalam pipping bag dan paipkan ke atas Loyang yang telah disapu mentega.
(**)5. Bakar selama 20-25 minit. Apabila masak, keluarkan dari dulang dan sejukkan seketika.
(**)6. Cairkan coklat masakan menggunakan teknik ‘double boiler’. Celupkan eclairs tadi ke dalam coklat dan masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.
0 comments:
Post a Comment