Bahan-bahan:
(**)1 kg ikan cencaru
(**)1/2 biji kelapa parut
(**)* 3-4 biji bawang merah
(**)* 2-3 ulas bawang putih
(**)* 1 sudu besar udang kering
(**)* 1/2 inci kunyit
(**)* 2 batang serai
(**)* 2 biji buah keras
(**)2 sb lada boh
(**)sedikit air asam jawa
(**)garam, gula n perasa
Cara-cara:
(**)1. Tumbuk semua bahan bertanda * Tumis lada boh hingga garing. Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga garing dan naik bau.
(**)2. Masukkan sedikit air asam jawa. Bila agak kering masukkan kelapa parut dan gaul sakata. Masukkan garam, gula dan perasa kalau suka. Biar sampai kering, ala-ala serunding.
(**)3. Sementara tunggu kelapa kering, bersihkan ikan dan belah di bahagian belakang ikan.
(**)4. Sumbatkan kelapa yang telah siap ke dalam ikan. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng ikan hingga masak.
0 comments:
Post a Comment