RESEPI MASAKAN KOREA JJAJANGMYEON YANG SEDAP!


Bahan yang diperlukan:

(**)600g mee basah
(**)100 g daging lembu
(**)2 biji bawang bombay
(**)1/2 biji Zukini
(**)2 biji kentang
(**)1 sudu besar gula pasir
(**)4 sudu besar air sagu
(**)2 gelas air
(**)7 sudu besar minyak
(**)6 sudu besar sos Jajangmyun yang disebut Chunjang

Resepi Roti Bakar Avocado

Cara membuat Sos Jjajangmyeon:

(**)Untuk pengetahuan semua, sos Jjajangmyeon dibuat dari pes kacang soya hitam yang disebut chunjang yang ditambah dengan bawang merah cincang, Zukini dan daging merah atau makanan laut. Ketika memasak sos biasanya ditambah cornstarch (sejenis pati yang diperbuat daripada tepung jagung) agar sos jadi pekat. Pes kacang soya (chunjang) dibuat dari kacang soya yang dipanggang (dibakar). Oleh kerana itu, jajang mengandungi sos yang digoreng walau sebenarnya sos dimasak dengan cara direbus.

Cara membuat Jjajangmyeon:

(**)Mula-mula, potong daging.
(**)Potong dadu bawang bombay, kentang dan zukini.
(**)Goreng sos Jjajangmyeon dengan 6 sudu besar minyak.
(**)Panaskan kuali dengan 1 sudu besar minyak lalu goreng bawang bombay.
(**)Kemudian masukkan daging lembu, zukini dan kentang.
(**)Setelah bahan-bahan itu matang masukkan sos yang sudah digoreng.
(**)Kacau supaya semuanya sama rata lalu tuangkan air sagu.
(**)Setelah dididihkan selama 5 minit, matikan api.
(**)Kemudian, rebus mee.
(**)Letak mee dalam mangkuk besar dan tuangkan sos di atasnya.
(**)Sajikan Jjajangmyeon bersama dengan lobak masin kuning.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment