Bahan-Bahan:
(**)4 keping roti sandwich ~ dipotong kecil
(**)2 bj telur
(**)1 kiub perasa ayam
(**)1 biji bawang putih ~ ditumbuk halus
(**)daun sup ~ dihiris
(**)bawang besar ~ didadu
(**)lada merah / lada hijau ~ dihiris
(**)sedikit carrot ~ dihiris halus
(**)lada sulah secukupnya
(**)garam secukup rasa
(**)serbuk roti secukupnya
(**)minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
(**)1. Pukul telur, masukkan bawang putih, lada sulah dan kiub ayam. Pukul sebati.
(**)2. Masukkan roti, daun sup dan bawang besar, lada dan carrot. Ramas2 roti supaya sebati.
(**)3. Ambil sedikit adunan, kepalkan hingga menjadi bebola. Salutkan dengan serbuk roti. Buat hingga habis.
(**)4. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan garing. Hidangkan panas-panas bersama sos cili.
0 comments:
Post a Comment