Bubur Biji Nangka


Bahan-bahan kuah:

(**)3 cawan santan pekat
(**)2 helai daun pandan - disimpul
(**)Gula dan garam - secukup rasa
(**)1/2 sudu kecil Halba


Cara memasak:

(**)Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana.
(**)Untuk lebih kreatif, anda mungkin boleh masukkan sedikit buah nangka bagi membangkitkan bau harum buah nangka.
(**)Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
(**)Masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah.
(**)Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak, kemudian api boleh ditutup.


Bahan-bahan biji nangka:

(**)4 cawan tepung beras pulut
(**)Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
(**)Pewarna hijau
(**)Sedikit air kapur
(**)Garam

Untuk Kuih Cara Manis Klik Disini

Cara membuat:

(**)Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk).
(**)Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
(**)Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat pada tangan.
(**)Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula).
(**)Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
(**)Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air.


(**)Kemudian angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment