RESEPI STEW AYAM


Bahan-Bahan

(**)Ayam (setengah ekor dipotong sederhana)
(**)1 ulas bawang besar
(**)3-4 biji bunga cengkih
(**)Bunga lawang
(**)Kulit kayu manis
(**)Air
(**)Lada sulah
(**)Garam secukup rasa
(**)2 biji ubi kentang
(**)1 biji lobak merah
(**)Sedikit tepung jagung + sedikit air

RESEPI LAKSA SARDIN SERIUS MUDAH & SEDAP!

Langkah-Langkah Penyediaan

(**)Gaulkan ayam dengan lada sulah dan sedikit garam, perapkan seketika.
(**)Panaskan minyak, masukkan ayam yang telah diperap sebentar tadi sehingga kekuningan.
(**)Masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau seketika.
(**)Masukkan air (mengikut citarasa anda).
(**)Kemudian, masukkan lobak merah dan ubi kentang (dipotong 4).
(**)Masukkan garam, gula dan lada sulah (secukup rasa).
(**)Apabila sudah agak mendidih, masukkan pula sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah (kacau tepung jagung dalam air, sebelum masukkn kedalam stew tadi, kepekatan stew mengikut citarasa anda).
(**)Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong 4.
(**)Apabila sudah masak, tutup api dan boleh dihidangkan bersama nasi ataupun roti.
(**)Selamat mencuba!
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment