BISKUT SARANG SEMUT RAPUH


Bahan:

(**)1 cawan gula halus
(**)1 cawan buttercup/mentega/planta
(**)3 sudu tepung gandum
(**)1 1/2 cawan tepung kastard ***Kalau ikut timbangan gram = (Campuran kedua-dua jenis tepung mesti menjadi 400gram apabila digabungkan. Maksudnya, apabila tepung gandum 50g, tepung kastard mesti 350g)
(**)1 biji kuning telur
(**)Esen vanila
(**)Mangkuk kertas. (adunan ini akan mendapat sehingga 100biji)
(**)Hiasan – Chocolate Rice atau Colored Rice yang berwarna-warni tu
(**)Pemarut keju

KEK CAWAN KELAPA BERSIRAP LEMON ISTIMEWA

Cara:

(**)Langkah 1: Pukul gula dan buttercup/mentega/planta hingga kembang dalam 5-6 minit
(**)Langkah 2: Masukkan kuning telur dan esen vanila, gaul lagi.
(**)Langkah 3: Kemudian, masukkan pula tepung sedikit demi sedikit. Adunan akan berupa doh lembut.

(**)Anda boleh bahagikan doh kepada beberapa bahagian sebelum membulatkan ia untuk dimasukkan ke dalam plastik atau bekas dan disejukkan di dalam peti ais beberapa ketika supaya mudah untuk memarut kemudian.

(**)Jika tidak, anda juga bisa terus memarut, sebaik doh lembut yang telah siap diadun sebati seperti langkah nombor 3 di atas.

(**)Langkah 4: Parut adunan seperti gambar di atas.

(**)Langkah 5: Masukkan dalam paper cup dan hias dengan chocolate rice atau colored rice pilihan anda.

(**)Langkah 6: Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.

(**)Siap! Jangan lupa simpan biskut yang telah dibakar dan disejukkan ke dalam bekas kedap udara supaya ia kekal rapuh dan rangup okay?
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment