RESEPI KEPAK AYAM PANGGANG BEREMPAH


Bahan-Bahan

(**)12 ketul kepak ayam
(**)7 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
(**)1 inci halia (ditumbuk)
(**)1 1/2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
(**)2 batang serai (dihiris dan ditumbuk)
(**)Sedikit daun ketumbar (ditumbuk)
(**)1/2 sudu makan rempah kurma atau serbuk ketumbar
(**)1 sudu besar kicap pekat
(**)2 sudu besar sos cili
(**)Madu / gula apong / gula melaka secukupnya
(**)Garam secukup rasa
(**)2 sudu besar minyak masak / minyak zaitun

RESEPI BEEF BULGOGI & KIMCHI WRAP

Cara Penyediaan

(**)Bersihkan ayam. Cucuk-cucukkan isinya dengan lidi sate.
(**)Satukan ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul hingga sebati dan kemudian perapkan selama 1 jam atau lebih.
(**)Kemudian, ratakan ayam dengan minyak masak. Susunkan ayam di dalam dulang pembakar yang dialaskan dengan kertas foil.
(**)Panggang hingga masak. Jangan lupa terbalikkan ayam supaya masak sekata. Boleh juga dibakar atau panggang atas dapur mengikut keselesaan.
(**)Hidangkan bersama sos cili, nasi putih atau nasi ayam.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment