Nasi Tomato Ayam Merah Wangi


Bahan-bahan :

(**)2 cawan beras
(**)1 tin susu cair
(**)1 camca besar marjerin
(**)3 camca besar minyak sapi
(**)3 ulas bawang merah  - ditumbuk halus
(**)2 ulas bawang putih  -  ditumbuk halus
(**)2 sm halia - ditumbuk halus
(**)4 camca besar tomato puri atau sos tomato
(**)3 biji buah pelaga - rempah 4 sekawan
(**)2 kuntum bunga lawang -  rempah 4 sekawan
(**)2 kuntum bunga cengkih -  rempah 4 sekawan
(**)2 sm kayu manis - rempah 4 sekawan
(**)Sedikit air
(**)Sedikit  garam secukupnya

Untuk Resepi Pengat Labu Manis

Cara-cara membuat :

(**)Panaskan minyak sapi dan marjerin, kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk halus.
(**)Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan.
(**)Tumis sehingga naik bau dan barulah dimasukkan air, tomato puri, susu cair serta garam.
(**)Setelah mendidih barulah dimasukkan beras yang telah dicuci bersih.
(**)Biar sehingga masak dan siap dihidangkan bersama lauk-pauk.



AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahan :

(**)500 gm ayam – dipotong sederhana
(**)100 gm cili kering  } dikisar halus
(**)2 batang serai        } dikisar halus
(**)2 cm lengkuas        }  dikisar halus
(**)2 ulas bawang merah } dikisar halus
(**)2 ulas bawang putih   } dikisar halus
(**)2 biji buah pelaga } rempah 4 sekawan
(**)2 kuntum bunga lawang } rempah 4 sekawan
(**)3 kuntum bunga cengkih     } rempah 4 sekawan
(**)2 sm kayu manis     } rempah 4 sekawan
(**)¼ tin susu cair
(**)3 camca besar minyak masak
(**)3 camca besar sos cili
(**)1 camca besar tomato puri
(**)Garam & gula secukupnya

Cara-cara membuat :

(**)Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan pula rempah 4 sekawan dan kacau rata.
(**)Seterusnya masukkan susu cair, sos cili, tomato puri, garam dan gula secukup rasa. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.
(**)Akhir sekali masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau rata dan biarkan sehingga empuk serta kuah menjadi pekat. Seterusnya siap untuk dihidangkan.



ACAR TIMUN

Bahan-bahan :

(**)2 batang timun  }  dipotong memanjang
(**)1 batang lobak merah   }  dipotong memanjang
(**)½ labu bawang besar   }  dimayang halus
(**)1 tangkai cili merah       }  dimayang halus
(**)Sedikit cuka, garam & gula
(**)Sedikit  air secukupnya

Cara-cara membuat :

(**)Masak gula bersama cuka dan air hingga mendidih.
(**)Setelah sejuk, campurkan bersama timun, lobak merah, bawang besar dan juga cili merah.
(**)Tambahkan gula dan garam mengikut cita rasa. Gaul sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment