10 Petua Merawat Tumit Kaki Pecah


(**)Tumit kaki anda kasar, merekah dan pecah-pecah? Dari jauh lagi dah nampak penampilan kaki anda hitam dan kotor.


(**)Anda tentu ‘tension’ kan? Ia seolah-olah telah mencacatkan penampilan anda pada hari itu. Merawat tumit kaki pecah ini sebenarnya sama penting dengan merawat wajah.

(**)Setiap wanita mendambakan tumit kaki yang lembut, licin dan kemerah-merahan dan apabila menyarung sepatu maka kaki mereka kelihatan sempurna dan cantik dipandang. Namun, kebanyakan wanita berdepan dengan masalah tumit kaki pecah sehingga menyebabkan hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai. Perkara ini bukan saja terjadi kepada mereka yang berusia, malah golongan muda tidak terkecuali.

(**)Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang. Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal).

(**)Tanpa disedari,rekahan halus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Kenali Kanser Serviks Dengan Lebih Mendalam!!

(**)Antara petua yang boleh anda amalkan adalah:

(**)Petua 1

(**)Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama setengah jam. Lakukan dengan kerap sehingga memperoleh tumit kaki yang halus dan cantik.



(**)Petua 2

(**)Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit kaki anda yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.



(**)Petua 3

(**)Geselkan tumit kaki anda yang pecah pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.



(**)Petua 4

(**)Sapukan tumit kaki anda yang pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.



(**)Petua 5

(**)Anda juga boleh menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya anda menampakkan hasilnya.



(**)Petua 6

(**)Selain itu, anda boleh juga menggunakan belimbing buluh. Dengan cara menggosok tumit kaki pecah dengan buah itu. Kemudian guna berus lembut untuk menyapu belimbing buluh di permukaan tumit kaki yang pecah.



(**)Petua 7

(**)Lumur sedikit asam jawa di tumit kaki kemudian rendam kaki dalam air suam berisi garam (seelok-eloknya anda menggunakan garam bukit). Lakukan selalu sehingga tumit kaki anda yang pecah menjadi licin.



(**)Petua 8

(**)Petua ini sangatlah mudah untuk anda lakukan. Hanya sapukan losyen di tapak kaki sekurang-kurangnya dua kali sehari dan lakukan sehingga kaki sembuh.



(**)Petua 9

(**)Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Kemudian rendamkan kaki anda selama 10 minit. Amalkan setiap hari sehingga tumit kaki pecah anda hilang.



(**)Petua 10

(**)Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering selama 10 minit dan bilas dengan air bersih. Amalkan dua kali seminggu dengan konsisten sehingga mendapat hasil yang diinginkan.


(**)Selamat mencuba!
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment