PULIHKAN MASALAH RAMBUT GUGUR & KELEMUMUR DENGAN AIR GARAM

(**)OMG bangun sahaja pagi tengok segumpal rambut dekat bantal. Stres sangat! Bila mandi, segumpal lagi di tangan. Mak aihhh makin kronik dah ni. Anda kaum perempuan tak akan tak nak buat sesuatu, pakai syampu mahal tak jalan, pergi buat rawatan pertama kali mungkin okay tapi seterusnya kena buat lagi, duit pulak masalah. Bukannya puluh-puluh ringgit malahan sehingga ada yang berhabisan ratusan, ribuan untuk membuat rawatan pulihkan masalah kulit kepala. Dah tu macam mana?

(**)Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut daripada kelemumur dan gugur? Air garam juga boleh melembutkan rambut malah membersihkan kulit kepala.

(**)Rasanya kalau cara yang di atas itu tidak boleh pakai, mungkin cara tradisional guna air garam boleh amalkan.

(**)Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. 
(**)Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.


(**)Tertanya-tanya juga apa kebaikan guna air garam pada rambut?

(**)Menghilangkan kelemumur – Kelemumur merupakan bakteria. Jika rambut anda penuh dengan kelemumur, cara paling bagus, bersihkan rambut dengan air garam. Garam boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.
(**)Rambut kelihatan lebih segar – Ya, air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak, serta kotoran lain. Jika anda boleh atasi semua ini, maka rambut anda akan kelihatan lebih segar dan berkilat!
(**)Menghalang keguguran rambut – Air garam boleh menyebabkan liang liang di kulit kepala tertutup rapat dan akan menghalang dari berlakunya keguguran rambut.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment