Tip Diet Bintang Hollywood


(**)Selebriti sering menjadi rujukan dan perbandingan. Raut wajah, teknik solekan, tip bergaya menjadi sumber ilmu bagi kebanyakan orang. Tip diet daripada hujah selebriti antarabangsa.

(**)Angelina Jolie
(**)“Watak Lara Croft di dalam filem Tom Raider beberapa tahun lalu memaksa saya mempunyai bentuk tubuh yang fit. Untuk itu senaman sahaja tidak memadai, saya perlu menjaga pemakanan. Saya hanya makan makanan yang dikukus seperti daging serta sayur dan minum air soya.”

(**)Carmen Electra
(**)“Sewaktu kanak-kanak tarian adalah hobi, kini, saya jadikan minat itu sebagai medium untuk mengekalkan berat dan bentuk badan. Sambil diiringi muzik kegemaran tentunya sesi menurunkan berat badan bukanlah satu aktiviti yang berat dan menyeksakan.”



(**)Cheryl Cole
(**)“Karbohidrat adalah faktor kegagalan menurunkan berat badan, namun tidak salah jika anda ingin menikmatinya seminggu sekali. Namun tentukannya dalam kuantiti yang sedikit.”

(**)Miranda Kerr
(**)“Rahsia kekalkan bentuk tubuh menawan ialah banyakkan meminum air. Jika jemu dengan air suam gantikannya dengan jus buah-buahan asli tanpa sebarang perisa tambahan termasuk gula.”

(**)Kate Hudson
(**)“Salah satu cara saya menurunkan berat badan selepas melahirkan anak ialah dengan mengambil makanan organik. Sushi salah satu hidangan yang kerap saya ambil. Senaman menyempurnakan proses saya menurunkan berat badan.”

(**)Gwyneth Paltrow
(**)“Pabila mengidam hidangan yang manis-manis saya akan mengambil buah-buahan seperti anggur dan strawberi segar. Ia jauh lebih sihat berbanding kek dan pai.”

(**)Charlize Theron
(**)“Saya menikmati hidangan enam kali sehari, namun dalam kuantiti yang sedikit. Jika saya teringinkan burger, saya akan makan suku sahaja dari kuantiti penuh burger tersebut.”
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment