4 Punca Gigi Kuning & Cara Memutihkannya


(**)Gigi kuning bukan setakat mencacatkan penampilan, malah turut membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri.Kita yang melihatnya pun terasa geli dan loya!


(**)Gigi yang putih dan cantik akan membangkitkan keyakinan diri serta memancarkan senyuman yang indah. Sebenarnya banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendapatkan warna gigi yang putih. Antaranya, ‘bleaching,’ menggunakan teknik laser ataupun ‘teeth crown’.’

(**)Sungguh pun begitu, sebelum anda menghabiskan wang untuk semua itu, adalah lebih baik jika anda mengetahui apakah faktor ataupun punca  yang menyebabkan  warna gigi anda itu berubah menjadi kekuningan!

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan

(**)Berikut adalah antara punca gigi kuning yang perlu anda ketahui;

(**)1. Genetik & Usia

(**)Ramai yang tidak tahu bahawa warna gigi turut dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor tersebut.

(**)2. Makanan &  Minuman

(**)Pengambilan buah-buahan memang baik buat tubuh serta menyihatkan, tetapi anda perlu tahu ada beberapa jenis buah-buahan yang boleh menjadi punca gigi kuning.  Contonya, jeruk-jeruk  serta minuman seperti teh dan kopi yang juga merupakan penyumbang terbesar membuatkan gigi menjadi kekuningan.

(**)3. Selektif Memilih Ubat

(**)Ada beberapa jenis ubatan yang juga boleh membutakan warna gigi kelihatan lebih kuning atau kecoklatan. Salah satu jenis ubat tersebut adalah antibiotik.

(**)4. Rokok

(**)Selain merosakkan kesihatan, rokok juga menjadi punca gigi kuning. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ruang mulut menjadi asid. Nikotin-nikotin tersebut akan melekat pada elemen gigi dan tinggal pada dinding-dinding gigi. Jadi tidak harianlah jika anda perhatikan, mereka yang merokok sukar untuk memiliki gigi yang putih bersih.



(**)Ekstra Info!

(**)Makanan & Minuman Sihat Untuk Gigi

(**)Teh hijau –  mengandung antioksidan polyphenols yang dapat mencegah munculnya plak pada gigi, mengurangi kemungkinan munculnya lubang pada gigi dan radang gusi.



(**)Buah-buahan –  epal, strawberi, kiwi, dan buah lain yang tinggi kandungan vitamin C-nya. Vitamin C adalah salah satu komponen penting daripada kolagen yang berfungsi seperti simen yang melekatkan satu sel dengan sel yang lain.  Bukan hanya  membuat kulit sihat, tetapi juga mampu mencegah peradangan gusi.



(**)Produk haiwan –  daging lembu, ayam, dan telur. Mengandungi mineral fosfor yang bersamaan dengan vitamin D dan kalsium dapat membentuk sistem tulang dan gigi yang kuat.

(**)Air putih –  mampu membersihkan rongga mulut dan  memudahkan air liur untuk bekerja mendepositkan mineral penting ke dalam ruang-ruang gigi.  Air juga membuat gusi menjadi lentur dan membantu membersihkan sisa makanan dari celahan gigi yang dapat mengakibatkan inflamasi dan bau nafas yang kurang enak.



(**)Susu dan yogurt  (kurang manis)-  Selain kandungan kalsiumnya, susu dan yogurt memiliki tahap asid yang rendah sehingga dapat memperlambat terjadinya hakisan pada gigi.



(**)Ekstra Tips!

(**)Jangan malas menggosok gigi!Gosoklah gigi selepas makan dan sebelum tidur dengan cara penggosokan dari atas ke bawah.
(**)Kurangkan pengambilan kopi, teh dan minuman berkarbonat.
(**)Gunakan berus gigi yang sesuai dengan bentuk gigi anda.


(**)Jangan lupa mendapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor gigi pada setiap enam bulan.
(**)Boleh juga menggunakan bahan tradisional seperti kayu arang. Berus pada gigi anda dan laku perkara ini setiapkali anda menggosok gigi, tetapi jangan berlebihan.
(**)Kandungan yang ada di dalam lobak merah boleh menghilangkan plak gigi ketika anda mengunyahnya.

(**)Harus Tahu!

(**)Jika kamu mempunyai gigi yang berwarna kuning, jangan berasa rendah diri. Ini tidak bermakna gigi kamu lebih buruk daripada gigi putih. Warna gigi tidak mempengaruhi kesihatan, yang penting adalah bagaimana anda menjaga kesihatan gigi dan mulut. Apalah gunanya gigi putih, sedangkan ia tidak sihat!
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment