Resepi Biskut Alamanda


Bahan-Bahan:

Bahan A –

(**)125 gm butter
(**)100 gm margerin
(**)80 gm shortening atau lemak sayuran
(**)80 gm gula kaster
(**)2 sudu teh cappucino emulco

Bahan B – diayak

(**)350 gm tepung gandum
(**)1/4 sudu teh serbuk penaik atau baking powder
(**)40 gm tepung jagung
(**)40 gm tepung kentang
(**)1 sudu besar susu tepung

Untuk Resepi Kuih Siput Klik Disini

Bahan C –

(**)100 gm koko-crunch ~ dikisar
(**)40 gm kacang tanah ~ dipanggang dan dikisar
(**)100 gm coklat rice

Hiasan –

(**)Kuning telur
(**)Coklat masakan putih ~ cairkan kaedah double boiler
(**)Coklat masakan gelap ~ cairkan kaedah couble boiler



Cara Membuat:

(**)1. Pukul bahan A sehingga sebati. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit.

(**)2. Masukkan pula bahan C dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan doh selama 15 minit.

(**)3. Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit buter. Panaskan oven pada suhu 150C.

(**)4. Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat-lekat. Terap doh dengan penerap biskut.

(**)5. Susun doh di dalam loyang pembakar. Sapukan kuning telur di atas permukaan doh.

(**)6. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 ~ 20 minit atau sehingga doh masak sempurna. Sejukkan doh setelah masak.

(**)7. Hiaskan doh dengan coklat masakan putih dan gelap yang telah di cairkan. Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment