Resepi Roti John Sedap


Bahan-bahan untuk membuat Roti John:

Hidangan: untuk 4 orang

(**)Roti hotdog

(**)Daging cincang

(**)Bawang besar (dicincang halus)

(**)1 sudu serbuk kari

(**)4 biji telur

(**)Secubit garam

(**)Timun (dipotong nipis)

(**)Mayonis

(**)Sos cili

Untuk Resepi Spagetthi Goreng Klik Disini

Cara-cara untuk membuat Roti John:

(**)1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dicincang hingga naik wangi.

(**)2. Masukkan serbuk kari dan kacau lagi hingga sebati.

(**)3. Masukkan daging cincang yang telah dibersihkan dan ditos.

(**)4. Masukkan garam sebagai perasa,kacau hingga sebati dan masak.

(**)5. Tuang bahan yang dimasak tadi ke dalam bekas yang berisi telur.

(**)6. Kacau telur dan bahan-bahan itu hingga sebati.

(**)7. Panaskan kuali leper dan sapu sedikit minyak.

(**)8. Masukkan bahan tadi ke dalam kuali dan ratakan.

(**)9. Belah roti dan letakkan di atas bahan tadi.

(**)10. Jika ingin Roti John yang lembut, terbalikkan bahagian roti dan biarkan panas seketika.

(**)11. Angkat dan hidangkan dengan hirisan timun, mayonis dan sos cili.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment