RESEPI SEMPERIT MENTEGA KACANG


Bahan-bahan

(**)200gm SCS Mentega Bergaram
(**)80gm Gula Aising
(**)1/2 sudu teh Esen Vanila
(**)160gm Tepung Gandum
(**)65gm Tepung Jagung
(**)100gm Tepung Kastard
(**)130gm Mentega Kacang
(**)80gm Kacang Berlapis Gula, dikisar
(**)1 biji Telur



Cara

(**)Pukul SCS Mentega Bergaram dan gula aising sehingga kembang. Kemudian, masukkan esen vanilla.
(**)Kemudian masukkan bahan-bahan kering dan campur sehingga sebati. Rehatkan doh selama 5 minit.
(**)Bahagikan doh kepada dua bahagian. Gulungkan doh di antara 2 plastik setebal 3mm. Sejukkan doh di dalam peti sejuk.
(**)Keluarkan doh yang separa keras. Sapukan mentega kacang  ke atas salah satu bahagian doh, kemudian dilapis dengan doh yang separuh lagi. Sejukkan doh yang berlapis ke dalam peti sejuk sehingga jadi keras.
(**)Potong doh menjadi kepingan kecil. Sapu bahagian atas dengan telur dan hiaskan dengan kacang yang telah dikisar.
(**)Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit atau sehingga masak.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment