Kebaikan Yoga Untuk Kesihatan Dalaman Yang Tidak Ramai Tahu
(**)Yoga mempunyai kelebihan tersendiri dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yoga dengan tersendirinya merupakan satu aktiviti yang menyihatkan tubuh badan secara fizikal dan mental.
(**)Malah, yoga juga mudah diamalkan di rumah pada bila-bila punya waktu terluang. Namun, pengendalian yoga sendiri di rumah agak bahaya jika postur yang ingin dilakukan agak berisisko.
(**)Pada masa kini sudah banyak aktiviti-aktiviti yoga dijalankan di gim juga pusat yoga sendiri. Yoga sebenarnya memberikan banyak kebaikan untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalam tubuh badan kita.
(**)Jom, ketahui kelebihan melakukan yoga.
(**)Tingkat Imuniti
(**)Postur tubuh badan dalam aktiviti yoga mempunyai kelebihan yang berlainan. Antara posisi yoga yang boleh meningkatkan imun sistem tubuh badan kita adalah dengan melakukan Wheel Pose yang terbukti dapat menguatkan otot di bahagian perut, merangsang tiroid dan kelenjar pituitary yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh badan kita. Malah mampu menjadikan badan lebih fleksibel.
(**)Kurangkan Migrain
(**)Yoga terbukti berkesan dalam mengurangkan kesakitan migrain yang dihadapi jika anda melakukannya selama tiga bulan. Antara posisi yoga yang boleh dilaukukan untuk menangani masalah migrain adalah dengan melakukan Downward Dog Pose. Ia boleh meningkatkan aliran darah ke otak sekali gus merehatkan tekanan di bahagian kepala anda.
(**)Tidur Nyenyak
(**)Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard mendapati bahawa lapan minggu mengamalkan senaman yoga dapat meningkatkan kualiti tidur yang baik bagi mereka yang mengidap insomnia. Masalah tidur adalah disebabkan otak berfungsi dengan lebih kerap sehingga tidak dapat merehatkannya. Senaman yoga yang bagus untuk melancarkan tidur adalah seperti Child Pose yang membantu merehatkan minda serta melegakan tension di dalam badan. Tarik nafas sedalamnya bagi melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan.
0 comments:
Post a Comment