Lebih Cantik Dan Sihat Dengan Khasiat Tomato
(**)Terdapat banyak khasiat tomato untuk kesihatan tubuh badan, termasuk mencegah kanser.
(**)Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato serta khasiat tomato yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.
(**)Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai.Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.
(**)Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.
(**)Kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
(**)Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma,mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.
(**)Berikut Adalah Petua Dan Cara-Cara Penjagaan Kulit Menggunakan Tomato:
(**)1. Membersihkan Kulit Muka
(**)Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.
(**)Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.
(**)2. Mengecilkan Liang Roma
(**)Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan 2 hingga 4 titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.
(**)3. Merawat Jerawat
(**)Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.
(**)4. Menyejukkan Kulit Yang Rosak
(**)Kisar sebiji tomato dan campurkan 2 sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.
(**)Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit. Itu sahaja perkongsian mengenai khasiat tomato untuk kecantikan anda.
0 comments:
Post a Comment