Resepi Spaghetti Goreng


Bahan yang diperlukan untuk Resepi Spaghetti Goreng

(**)250 gram spaghetti, rebus dengan sedikit minyak sehingga masak.Kemudian angkat dan toskan

(**)200 gram kepingan daging ayam dipotong dadu

(**)200 gram udang ukuran sederhana.Buang kepala dan kulitnya, cuci bersih

(**)1 biji bawang bombay, dicincang kasar

(**)4 ulas bawang putih, dicincang haluskan

(**)4 sudu makan marjerin

(**)150 ml air

(**)10 sudu makan sos tomato

(**)10 sudu makan sos cili

(**)5 sudu sos tiram

(**)Garam secukupnya

(**)Serbuk lada sulah secukupnya

(**)Oregano secukupnya

(**)Parutan keju secukupnya


Untuk Resepi Nasi Tomato Ayam Merah Klik Disini

Cara Membuatnya :

(**)Panaskan marjerin, tumis bawang bombay dan bawang putih sehingga berbau harum.
(**)Masukkan kepingan daging ayam, kacau dan biar masak. udang, aduk-aduk hingga berubah warna dan matang.
(**)Setelah itu, yuangkan sos cili dan sos tomato, sos tiram tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
(**)Tuangkan garam, serbuk lada sulah dan oregano. Kacau rata sehingga sos mendidih dan masak. Gunakan air sederhana besar.
(**)Masukkan udang.
(**)Gaul lagi setelah itu masukkan spaghetti yang sudah siap direbus.
(**)Kacau sehingga masak dan sambil itu jangan lupa rasa kemasinannya. Jika ok, matikan api dan sedia untuk dihidangkan.
(**)Taburlah dengan keju parut mengikut selera anda sendiri.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment