Kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:

(**)2 cawan tepung gandum
(**)3 cawan santan kelapa
(**)2 biji telur
(**)3 helai daun pandan
(**)Beberapa titik pewarna hijau
(**)Gula pasir secukupnya
(**)Garam secukup rasa
(**)Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan

Untuk Kerabu Daging Klik Disini

Cara-cara Menyediakannya:

(**)Daun pandan dipotong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
(**)Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata serta pukul hingga semua sebati.
(**)Tambah garam secukup rasa.
(**)Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
(**)Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, apabila panas kecilkan api.
(**)Sapukan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
(**)Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh).
(**)Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak sehingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat apabila disentuh.
(**)Berhati-hati keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan.
(**)Sapu sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.
(**)Hidangkan untuk minum petang.
Share on Google Plus

About Unknown

Kalau Nak Share SILA Komen “MOHON SHARE” Mintak Kerjasama Anda tQ (Supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda)
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment